Showing posts with label TIPS NURSERI. Show all posts
Showing posts with label TIPS NURSERI. Show all posts

TIPS CARA BUAT BAJA ORGANIK CECAIR BAJA BUAH

No photo description available.


Hi gais. Kali ni SK nak kongsikan cara buat baja organik cecair yang sangat mudah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah ini ya.

Bahan bahannya ialah:

1. Gula Merah (1 kg)(Dicairkan dengan 200ml air) 
Kisar A
1. Kulit pisang (700g)
2. Kulit udang (belum dimasak)(200g)
3Kulit telur(100g)

Alat:
1.Bekas besar
2. Botol plastik 1.5L

Cara cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob berkerja.
4. Peram selama 15 - 20 hari. (Seminggu pun boleh guna sudah)
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Cara buat baja organik cecair baja buah

Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1.20 (baja cecair air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Semburkan pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.

Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:

1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2.Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3.Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok.

Share ya ilmu bermanfaat selamat mencuba..

SK AGRO

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food




Share:

TIPS KERATAN BATANG MENJADI


Image result for keratan batang


Seringkali SK jadi rujukan para pengusaha nurseri sekitar Kundasang cara menanam tumbuhan. Ada yang mengeluh dah cuba berkali kali menanam tapi tak menjadi. SK kongsikan tips menanam melalui keratan batang penting yang mungkin ramai orang terlepas pandang.



Menanam melalui keratan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.
pertama batang keras, kedua batang sederhana keras, dan ketiga batang lembut.

Batang keras
Untuk penanaman batang keras hendaklah dibuang semua daun.



Batang sederhana keras
Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas


Batang lembut
Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja.



Rujuk gambar



Tips penting penyedian keratan batang

  • Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik
  • Kerat dengan menggunakkan alat tajam bersesuaian seperti sketuar
  • Buang daun daun yang tidak diperlukan
  • Kerat batang kepada beberapa bahagian
  • Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran
  • Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam
  • Siram dan letakkan di tempat yang teduh
Share:
serikundasang. Powered by Blogger.

LABELS

Recent Posts

Theme Support

Need our help to upload or customize this blogger template? Contact me with details about the theme customization you need.

Pages

Unordered List