Ubi yakon dari pandangan sisi |
Yakon atau nama saintifiknya smallanthus sonchifolius ialah sejenis tanaman berubi yang berasal dari pergunungan Andes, Peru. Ia sering dimakan mentah kerana rasanya yang manis dan mempunyai rasa seakan akan epal. Sebab itulah yacon digelar ground apple. Selain itu daun yacon juga dimanfaatkan sebagai teh untuk penghidap diabetis
Di Tanah tinggi Kundasang, yakon merupakan tanaman yang agak baru. Benih yakon pertama kali dibawa dari Cameron Highland pada tahun 2015 dan mula dikomersialkan pada tahun 2016. SK Agro merupakan antara perintis pembiak bakaan yacon di Kundasang.
Harga ubi yakon sekitar RM5 hingga RM10 sekilo dijual di tamu/pasar malam dan sangat diminati oleh pembeli kerana rasanya yang manis dan segar.
Pokok yakon yang berusia 4 bulan |
Umumnya yakon boleh dituai setelah berusia 5 hingga ke 6 bulan. Indikatornya mudah, hanya melihat pada bunganya. sekiranya pokok sudah mula berbunga maksudnya ubi yacon sudah boleh dikorek.
harverst yacon
Bunga yacon seakan akan bunga Matahari namun bersaiz lebih kecil |
Menuai yacon |
Aktiviti menuai yacon cukup mudah. Hanya perlu korek seperti mengorek ubi kayu. Namun, perlu lebih berhati hati kerana ubi yacon ini lebih rapuh dan mudah patah.
Terdapat dua kaedah menanam yacon. Yang pertama melalui keratan batang. Caranya pilih keratan batang yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Kemudian di potong condong dan ditanam ke polybag.
Kaedah kedua ialah melalui rizom. Kaedah ini sangat disarankan kerana peratus pertumbuhan lebih tinggi melalui kaedah ini.
Benih yacon melalui rizom. |
Sekian.