Showing posts with label TIPS HERBA. Show all posts
Showing posts with label TIPS HERBA. Show all posts

YACON~ Ubi Ajaib Kundasang

Ubi yakon dari pandangan sisi

Yakon atau nama saintifiknya smallanthus sonchifolius ialah sejenis tanaman berubi yang berasal dari pergunungan Andes, Peru. Ia sering dimakan mentah kerana rasanya yang manis dan mempunyai rasa seakan akan epal. Sebab itulah yacon digelar ground apple. Selain itu daun yacon juga dimanfaatkan sebagai teh untuk penghidap diabetis



Di Tanah tinggi Kundasang, yakon merupakan tanaman yang agak baru. Benih yakon pertama kali dibawa dari Cameron Highland pada tahun 2015 dan mula dikomersialkan pada tahun 2016. SK Agro merupakan antara perintis pembiak bakaan yacon di Kundasang.

Harga ubi yakon sekitar RM5 hingga RM10 sekilo dijual di tamu/pasar malam dan sangat diminati oleh pembeli kerana rasanya yang manis dan segar.


Image result for yacon
Pokok yakon yang berusia 4 bulan

Umumnya yakon boleh dituai setelah berusia 5 hingga ke 6 bulan. Indikatornya mudah, hanya melihat pada bunganya. sekiranya pokok sudah mula berbunga maksudnya ubi yacon sudah boleh dikorek. 

harverst yacon


Image result for yacon flower
Bunga yacon seakan akan bunga Matahari namun bersaiz lebih kecil

November 2017 - harvested Yacon
Menuai yacon
Aktiviti menuai yacon cukup mudah. Hanya perlu korek seperti mengorek ubi kayu. Namun, perlu lebih berhati hati kerana ubi yacon ini lebih rapuh dan mudah patah.

Terdapat dua kaedah menanam yacon. Yang pertama melalui keratan batang. Caranya pilih keratan batang yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Kemudian di potong condong dan ditanam ke polybag.

Kaedah kedua ialah melalui rizom. Kaedah ini sangat disarankan kerana peratus pertumbuhan lebih tinggi melalui kaedah ini.

Benih yacon melalui rizom.


Sekian.



Share:

Pegaga- Rahsia rumput menjalar Kundasang


Image result for pegaga
Pegaga mudah ditemui tumbuh menjalar


Kopisanangan/salam sejahtera

Pegaga atau nama saitifiknya Centella asiatica merupakan tanaman sejenis ulam dan sangat mudah ditemui di tanah tinggi Kundasang. Tumbuhan ini banyak ditemui tumbuh meliar di  kawasan pertanian, di halaman rumah, tepi jalan dan kawasan lapang. Tumbuhan ini dianggap sebagai perosak oleh petani. Namun sebenarnya tanaman ini sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Di semenanjung Malaysia tanaman ini sudah lama dijadikan ulam dan sangat bermanfaat bukan sahaja untuk kesihatan dalaman namun juga untuk kecantikan. Namun malangnya bagi masyarakat setempat Kundasang, herba ini masih kurang diamalkan.

Jom sama sama kenali manfaat herba ini...

Manfaat pegaga


  • Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
  • perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.
  • Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
  • Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kalogen,seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
  • Pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
  • Mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C,tiamin, niasin dan riboflavin.
  • Pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.
  • Pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping meningkatkan peredaran darah.
  • Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.
  • Pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya.
  • Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepada, menguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelakkan masalah rambut yang lain.


Image result for pegaga

Share:
serikundasang. Powered by Blogger.

LABELS

Recent Posts

Theme Support

Need our help to upload or customize this blogger template? Contact me with details about the theme customization you need.

Pages

Unordered List