Hi gais. Kali ni SK nak kongsikan cara buat baja organik cecair yang sangat mudah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah ini ya.
Bahan bahannya ialah:
1. Gula Merah (1 kg)(Dicairkan dengan 200ml air)
Kisar A
1. Kulit pisang (700g)
2. Kulit udang (belum dimasak)(200g)
3Kulit telur(100g)
Alat:
1.Bekas besar
2. Botol plastik 1.5L
Cara cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob berkerja.
4. Peram selama 15 - 20 hari. (Seminggu pun boleh guna sudah)
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Cara buat baja organik cecair baja buah
Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1.20 (baja cecair air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Semburkan pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.
Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2.Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3.Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok.
Share ya ilmu bermanfaat selamat mencuba..
SK AGRO