Pegaga mudah ditemui tumbuh menjalar |
Kopisanangan/salam sejahtera
Pegaga atau nama saitifiknya Centella asiatica merupakan tanaman sejenis ulam dan sangat mudah ditemui di tanah tinggi Kundasang. Tumbuhan ini banyak ditemui tumbuh meliar di kawasan pertanian, di halaman rumah, tepi jalan dan kawasan lapang. Tumbuhan ini dianggap sebagai perosak oleh petani. Namun sebenarnya tanaman ini sangat bermanfaat untuk kesihatan.
Di semenanjung Malaysia tanaman ini sudah lama dijadikan ulam dan sangat bermanfaat bukan sahaja untuk kesihatan dalaman namun juga untuk kecantikan. Namun malangnya bagi masyarakat setempat Kundasang, herba ini masih kurang diamalkan.
Jom sama sama kenali manfaat herba ini...
Manfaat pegaga
- Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
- perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.
- Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
- Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kalogen,seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
- Pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
- Mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C,tiamin, niasin dan riboflavin.
- Pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.
- Pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping meningkatkan peredaran darah.
- Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.
- Pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya.
- Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepada, menguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelakkan masalah rambut yang lain.