Memanfaatkan rumput kering menjadi kompos

Image result for rumput kering kompos

Kompos merupakan bahan organik yang terurai dan mereput membentuk humus yang sangat kaya dengan nutrien melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah seperti bakteria, cacing dan sebagainya.

Kali ini SK nak kongsikan rahsia tips ringkas bagaimana nak memanfaatkan sisa rumput dan daun kering di halaman rumah anda. 

langkah pembuatannya adalah seperti berikut.

1. Kumpulkan rumput rumput, daun daun kering dan sisa sayuran menjadi satu.

2. Potong menjadi beberapa bahagian (saiz kira kira 2-5 cm/bahagian). Tujuan pemotongan ini ialah untuk mempercepatkan proses pengkomposan.

3. Setelah semua daun/rumput dipotong, rendam campuran dengan EM4. 

4. Masukkan kotoran haiwan ke dalam karung kira kira 1/3 bahagian.
nota: Kotoran haiwan membantu mempercepatkan proses pengkomposan dan meningkatkan kandungan nitrogen pada kompos. Kotoran haiwan yang boleh digunakan seperti kotoran ayam, kambing dan lembu.

5. Masukkan daun/ rumput ke dalam karung

Image result for kompos daun kering dalam karung

6. Siram dengan EM4
Nota: Em atau effective microorganisma merupakan bahan pengurai atau bakteria baik yang mempercepatkan proses pengkomposan. EM boleh diolah sendiri dan ditambah gula atau air basuhan beras untuk mengaktifkan pengurai.

7. Tutup karung dan simpan di ruangan yang teduh dan elakkan dari kena hujan. Untuk mempercepatkan proses pertumbuhan bahan bahan tersebut perlu dibolak balikkan setiap 2 minggu sekali dan diberikan air secukupnya setiap 3 hari.

Image result for kompos dalam karung
Sekian tips ringkas dari SK Agro. 
Semoga memberi manfaat..
Share:

TIPS CARA BUAT BAJA ORGANIK CECAIR BAJA BUAH

No photo description available.


Hi gais. Kali ni SK nak kongsikan cara buat baja organik cecair yang sangat mudah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah ini ya.

Bahan bahannya ialah:

1. Gula Merah (1 kg)(Dicairkan dengan 200ml air) 
Kisar A
1. Kulit pisang (700g)
2. Kulit udang (belum dimasak)(200g)
3Kulit telur(100g)

Alat:
1.Bekas besar
2. Botol plastik 1.5L

Cara cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob berkerja.
4. Peram selama 15 - 20 hari. (Seminggu pun boleh guna sudah)
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Cara buat baja organik cecair baja buah

Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1.20 (baja cecair air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Semburkan pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.

Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:

1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2.Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3.Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok.

Share ya ilmu bermanfaat selamat mencuba..

SK AGRO

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food




Share:

Selamatkan Rogimot Strawberry asli Kundasang



Kenali buah rogimot, strawberry asli  tanah tinggi Kundasang.

Asal sebut strawberry, pasti kita akan ingat Kundasang, atau Cameron Highland. Strawberry biasanya hidup dengan baik di kawasan tanah tinggi yang bersuhu dingin. Sebenarnya di Kundasang, terdapat pokok beri asal yang boleh didapati hidup subur meliar sebelum datangnya strawberry, iaitu beri rogimot. Jom kenali pokok rogimot.

Buah rogimot ataupun nama saintifiknya iaitu Robus probus dan dikenali juga sebagai Bornean Red Raspberry. Istilah rogimot merupakan panggilan tempatan yang terkenal di kawasan tanah tinggi sekitar Negeri Sabah seperti Ranau, Tambunan dan Keningau.Rasa buah manis seakan akan rasa strawberry. Siapa yang makan pasti jatuh cinta😁 Bagaimanapun, buah ini masih belum dikomersialkan dengan lebih meluas.

Ciri ciri pokok beri rogimot ialah, pokok renek dan berbatang lembut, dahan yang bercabang dan daun hijau bergerigi, memiliki 3 cabang daun dalam satu tangkai daun, dahan yang berduri dan mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Warna buah pula hijau dan akan bertukar merah apabila sudah masak. Buahnya sedikit mengerutu dan agak kasar dan dimakan sahaja tanpa di buang kulit. Pokok beri rogimot tahan lama, dan pembiakannya disebarkan melalui haiwan seperti burung,

Pokok ini sebenarnya boleh ditemui di beberapa tempat di Malaysia seperti kawasan bukit Sabah dan Sarawak, Kalimantan dan Sumatera Barat Indonesia, Eastern Queesland Australia, Papua New Guinea. Umumnya, rogimot merupakan tumbuhan asli Sabah dan Sarawak. 

Buah rogimot sebenarnya beri asli Kundasang yang mungkin berpotensi dikomersialkan pada masa akan datang. Jom share!

Kopisanangan
@SKAGRO
#Jomkenalirogimot
#bajaorganiksabah
#kundasangorganik
Share:

TIPS KERATAN BATANG MENJADI


Image result for keratan batang


Seringkali SK jadi rujukan para pengusaha nurseri sekitar Kundasang cara menanam tumbuhan. Ada yang mengeluh dah cuba berkali kali menanam tapi tak menjadi. SK kongsikan tips menanam melalui keratan batang penting yang mungkin ramai orang terlepas pandang.



Menanam melalui keratan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.
pertama batang keras, kedua batang sederhana keras, dan ketiga batang lembut.

Batang keras
Untuk penanaman batang keras hendaklah dibuang semua daun.



Batang sederhana keras
Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas


Batang lembut
Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja.



Rujuk gambar



Tips penting penyedian keratan batang

  • Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik
  • Kerat dengan menggunakkan alat tajam bersesuaian seperti sketuar
  • Buang daun daun yang tidak diperlukan
  • Kerat batang kepada beberapa bahagian
  • Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran
  • Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam
  • Siram dan letakkan di tempat yang teduh
Share:

YACON~ Ubi Ajaib Kundasang

Ubi yakon dari pandangan sisi

Yakon atau nama saintifiknya smallanthus sonchifolius ialah sejenis tanaman berubi yang berasal dari pergunungan Andes, Peru. Ia sering dimakan mentah kerana rasanya yang manis dan mempunyai rasa seakan akan epal. Sebab itulah yacon digelar ground apple. Selain itu daun yacon juga dimanfaatkan sebagai teh untuk penghidap diabetis



Di Tanah tinggi Kundasang, yakon merupakan tanaman yang agak baru. Benih yakon pertama kali dibawa dari Cameron Highland pada tahun 2015 dan mula dikomersialkan pada tahun 2016. SK Agro merupakan antara perintis pembiak bakaan yacon di Kundasang.

Harga ubi yakon sekitar RM5 hingga RM10 sekilo dijual di tamu/pasar malam dan sangat diminati oleh pembeli kerana rasanya yang manis dan segar.


Image result for yacon
Pokok yakon yang berusia 4 bulan

Umumnya yakon boleh dituai setelah berusia 5 hingga ke 6 bulan. Indikatornya mudah, hanya melihat pada bunganya. sekiranya pokok sudah mula berbunga maksudnya ubi yacon sudah boleh dikorek. 

harverst yacon


Image result for yacon flower
Bunga yacon seakan akan bunga Matahari namun bersaiz lebih kecil

November 2017 - harvested Yacon
Menuai yacon
Aktiviti menuai yacon cukup mudah. Hanya perlu korek seperti mengorek ubi kayu. Namun, perlu lebih berhati hati kerana ubi yacon ini lebih rapuh dan mudah patah.

Terdapat dua kaedah menanam yacon. Yang pertama melalui keratan batang. Caranya pilih keratan batang yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Kemudian di potong condong dan ditanam ke polybag.

Kaedah kedua ialah melalui rizom. Kaedah ini sangat disarankan kerana peratus pertumbuhan lebih tinggi melalui kaedah ini.

Benih yacon melalui rizom.


Sekian.



Share:
serikundasang. Powered by Blogger.

Recent Posts

Theme Support

Need our help to upload or customize this blogger template? Contact me with details about the theme customization you need.

Pages

Unordered List